Thursday, May 19, 2011

Brusor Tadika Anakku 2010

  1. PENGENALAN

TADIKA ANAKKU adalah sebuah Tadika yang menekankan Pendidikan Agama Islam, di samping mengajar Asas Mata Pelajaran Akademik seperti Pra Bacaan, Pra Tulisan, Pra Matematik, Pra Sains dan lain-lain lagi.

  1. OBJEKTIF

a.                   Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.
b.                  Melahirkan generasi yang mencintai Allah dan Rasul.
c.                   Menanamkan nilai-nilai Islam ke dalam jiwa anak-anak dalam kehidupan harian.
d.                  Menyediakan Perkhidmatan dan Kebajikan kepada penduduk setempat.

  1. PERSEKOLAHAN

TADIKA ANAKKU diadakan dalam DUA sesi. (Isnin-Jumaat)
3.1              Pra 1 (4 Tahun),
3.2               Pra 2 (5 Tahun)
3.3              Pra 3 (6 Tahun)

Hari Isnin – Khamis
Jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
# Jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Wudhu’ dan Sholat

Hari Jumaat
Jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi

  1. YURAN BULANAN

Yuran yang di kenakan adalah seperti berikut :-

a)         Yuran Pendaftaran                  RM50
b)         Daftar Ulang                           RM40
b)         Yuran Bulanan                        RM75
c)         Harga Buku                        +-RM190

Catatan : Yuran bulanan di bayar pada tiap-tiap awal bulan
 


  1. PAKAIAN
 Lelaki
 Baju Melayu Johor warna biru muda.
Seluar panjang warna biru kehitaman.
Bersongkok.

Perempuan
 Baju Mini Jubah warna biru muda.
Seluar panjang warna biru kehitaman dan bertudung putih.

  1. MATAPELAJARAN

Antara matapelajaran yang diajarkan ialah seperti berikut :-
Bahasa Melayu          Sains
Bahasa Inggeris         Mate (Arithmetik)
Bahasa Arab              Jawi
Pengetahuan Islam    Iqra’
Pendidikan Seni        PJK

  1. DISIPLIN

7.1  Berdikari

            Sedaya upaya kita menanamkan semangat berdikari kepada setiap anak. Untuk membantu usaha ini, ibubapa dinasihatkan supaya tidak menunggu di luar Bilik Darjah atau menjenguk ke dalam  Bilik Darjah waktu Guru mengajar kerana perbuatan seperti ini boleh mengalih perhatian anak-anak daripada Guru-Guru mereka. Lagipun anak-anak yang di tunggu akan menjadi terlalu ‘manja’ dan susah di asuh. Kerjasama ibubapa dalam hal ini sangat-sangat di hargai.

7.1              Ketetapan Masa

            Anak-anak biasanya mencontohi ibubapa dalam segala hal. Menghargai masa adalah satu asas disiplin yang baik. Oleh itu ketetapan masa menghantar sebelum jam 7.30 pagi dan mengambil anak-anak jam 11.30 pagi adalah sangat penting dan sangat kami hargai.

7.2              Tidak Hadir Sekolah

Ibubapa adalah di gesa supaya memastikan kehadiran anak-anak ke Tadika setiap hari kecuali mereka sakit dan demam. Guru Darjah atau Guru Besar perlu di beritahu ketidakhadiran anak-anak.

7.3  Berhenti Secara Automatik

            Sekiranya seorang murid tidak hadir selama 3 minggu berturut-turut dan ibubapa tidak memberitahu pihak Tadika sebab-sebab anak itu tidak hadir maka nama anak itu di akan potong dari Pendaftaran secara Automatik.

8.      Makanan dan Minuman

Pihak Tadika tidak akan menyediakan makanan / minuman untuk anak-anak. Anak-anak di minta supaya membawa bekalan masing-masing.

9.      Cuti

            Cuti penggal adalah mengikut cuti penggal sekolah biasa atau mengikut cuti yang di istiharkan oleh Pengurusan Tadika.

10.              Jawatankuasa Ibubapa dan Guru (JKIBG)

            Tadika Anakku akan menubuhkan satu Jawatankuasa Ibubapa/Guru-guru bagi mengendalikan beberapa kegiatan dan projek-projek Tadika seperti berikut:-
a.      Gotong-royong
b.      Majlis Ikhtifal
c.       Sukan Tahunan / Hari Keluarga / Pasaria
d.      Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah (KONVOKESYEN)
e.       Kelas Belajar Al-Qur’an dan Iqra’  & Fardhu Ain

11.  Sokongan dan Kerjasama

            Semasa dalam kelas anak-anak akan di jaga dan di didik oleh guru-guru Tadika. Adalah di harapkan ibubapa / penjaga akan terus memberikan penjagaan dan pendidikan selepas itu. Dari masa ke semasa pihak pengurusan Tadika mengharapkan sokongan, bantuan dan kerjasama dari ibubapa/penjaga dalam semua lapangan dan kegiatan demi kebaikan dan kebajikan anak-anak / pelajar-pelajar.

Harap mendapat perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan. 

0 comments:

Post a Comment