- PENGENALAN
TADIKA ANAKKU adalah sebuah Tadika yang menekankan Pendidikan Agama Islam, di samping mengajar Asas Mata Pelajaran Akademik seperti Pra Bacaan, Pra Tulisan, Pra Matematik, Pra Sains dan lain-lain lagi.
- OBJEKTIF
a. Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.
b. Melahirkan generasi yang mencintai Allah dan Rasul.
c. Menanamkan nilai-nilai Islam ke dalam jiwa anak-anak dalam kehidupan harian.
d. Menyediakan Perkhidmatan dan Kebajikan kepada penduduk setempat.
- PERSEKOLAHAN
TADIKA ANAKKU diadakan dalam DUA sesi. (Isnin-Jumaat)
3.1 Pra 1 (4 Tahun),
3.2 Pra 2 (5 Tahun)
3.3 Pra 3 (6 Tahun)
Jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
# Jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Wudhu’ dan Sholat
Hari Jumaat
Jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
- YURAN BULANAN
Yuran yang di kenakan adalah seperti berikut :-
a) Yuran Pendaftaran RM50
b) Daftar Ulang RM40
b) Yuran Bulanan RM75
c) Harga Buku +-RM190
Catatan : Yuran bulanan di bayar pada tiap-tiap awal bulan
- PAKAIAN
Seluar panjang warna biru kehitaman.
Bersongkok.
Seluar panjang warna biru kehitaman dan bertudung putih.
- MATAPELAJARAN
Antara matapelajaran yang diajarkan ialah seperti berikut :-
Bahasa Melayu Sains
Bahasa Inggeris Mate (Arithmetik)
Bahasa Arab Jawi
Pengetahuan Islam Iqra’
Pendidikan Seni PJK
- DISIPLIN
7.1 Berdikari
Sedaya upaya kita menanamkan semangat berdikari kepada setiap anak. Untuk membantu usaha ini, ibubapa dinasihatkan supaya tidak menunggu di luar Bilik Darjah atau menjenguk ke dalam Bilik Darjah waktu Guru mengajar kerana perbuatan seperti ini boleh mengalih perhatian anak-anak daripada Guru-Guru mereka. Lagipun anak-anak yang di tunggu akan menjadi terlalu ‘manja’ dan susah di asuh. Kerjasama ibubapa dalam hal ini sangat-sangat di hargai.
7.1 Ketetapan Masa
Anak-anak biasanya mencontohi ibubapa dalam segala hal. Menghargai masa adalah satu asas disiplin yang baik. Oleh itu ketetapan masa menghantar sebelum jam 7.30 pagi dan mengambil anak-anak jam 11.30 pagi adalah sangat penting dan sangat kami hargai.
7.2 Tidak Hadir Sekolah
Ibubapa adalah di gesa supaya memastikan kehadiran anak-anak ke Tadika setiap hari kecuali mereka sakit dan demam. Guru Darjah atau Guru Besar perlu di beritahu ketidakhadiran anak-anak.
7.3 Berhenti Secara Automatik
Sekiranya seorang murid tidak hadir selama 3 minggu berturut-turut dan ibubapa tidak memberitahu pihak Tadika sebab-sebab anak itu tidak hadir maka nama anak itu di akan potong dari Pendaftaran secara Automatik.
8. Makanan dan Minuman
Pihak Tadika tidak akan menyediakan makanan / minuman untuk anak-anak. Anak-anak di minta supaya membawa bekalan masing-masing.
9. Cuti
Cuti penggal adalah mengikut cuti penggal sekolah biasa atau mengikut cuti yang di istiharkan oleh Pengurusan Tadika.
10. Jawatankuasa Ibubapa dan Guru (JKIBG)
Tadika Anakku akan menubuhkan satu Jawatankuasa Ibubapa/Guru-guru bagi mengendalikan beberapa kegiatan dan projek-projek Tadika seperti berikut:-
a. Gotong-royong
b. Majlis Ikhtifal
c. Sukan Tahunan / Hari Keluarga / Pasaria
d. Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah (KONVOKESYEN)
e. Kelas Belajar Al-Qur’an dan Iqra’ & Fardhu Ain
11. Sokongan dan Kerjasama
Semasa dalam kelas anak-anak akan di jaga dan di didik oleh guru-guru Tadika. Adalah di harapkan ibubapa / penjaga akan terus memberikan penjagaan dan pendidikan selepas itu. Dari masa ke semasa pihak pengurusan Tadika mengharapkan sokongan, bantuan dan kerjasama dari ibubapa/penjaga dalam semua lapangan dan kegiatan demi kebaikan dan kebajikan anak-anak / pelajar-pelajar.
Harap mendapat perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan.